
Bagi memastikan kejohanan olahraga ini dilaksanakan dengan memelihara nilai-nilai Islam peserta perempuan terlebih dahulu telah berkumpul dan memulakan acara tepat jam 8.30 pagi bagi acara 1500 meter diikuti acara 800 meter, lompat jauh, lontar peluru, 400 meter, 4x400 meter, 400 meter, 4x200 meter, 200 meter, 4x100 meter dan acara tumpuan 100 meter pecut akhir sementara pelajar lelaki tiba di padang dan memulakan acara setelah tamat semua acara perempuan.Pengasingan antara lelaki & perempuan dalam penganjuran kejohanan ini merupakan keunikan dan kelebihan yang ditampilkan oleh pihak maahad yang mana turut mendapat pujian serta menarik perhatian oleh tetamu VIP kerana berjaya menerapkan serta menitik beratkan nilai-nilai agama walaupun dalam penganjuran kejohanan sukan yang sering diabaikan oleh kebanyakkan pihak.
Tepat jam 10.00 pagi para kontinjen lelaki semua rumah sukan telah berkumpul di atas trek mengikut rumah sukan masing-masing untuk acara perarakan rumah sukan serta lintas hormat di hadapan para tetamu yang hadir.Majlis diteruskan lagi dengan alunan Asmaul Husna, lagu Negeraku & Negeri Selangor dan ucapan aluan oleh Ustaz Abdul Halim B. Saljadi, pengetua MITST Klang.Majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian oleh Ahli Majlis Mesyuarat MPK. Encik Azli Bin Jusoh.Beliau telah membunyikan air hon ke udara sebagai simbolik menandakan Kejohanan Olahraga Kali Pertama MITST Klang telah bermula secara rasmi.Bagi memberkati kejohanan yang dianjurkan majlis menjemput Syed Qusyairi Bin Syed Mahmud Iskandar untuk memimpin bacaan doa dan diakhiri dengan bacaan ikrar sukan yang diketuai oleh Abdul Latif Bin Shamsudin.
Kira-kira jam 10.45 pagi peserta lelaki telah memulakan acara 1500 meter diikuti acara 800 meter, lontar peluru, lompat jauh, 400 meter, 4x400 meter, 400 meter, 4x200 meter, 200 meter, 4x100 meter dan acara tumpuan 100 meter pecut akhir.Sorakkan padu dari pelajar yang memberi semangat dan menyokong peserta dari rumah sukan masing-masing nyata menggamatkan lagi suasana kejohanan pada hari tersebut.
Acara sukaneka juga diadakan sejurus selepas tamat acara bagi para pelajar bagi memeriahkan suasana sementara menunggu keputusan rasmi kejohanan. Acara yang terbuka kepada semua guru,ibu-bapa dan kanak-kanak ini memerlukan mereka berlari sejauh 100 meter, menimbang bola takraw, mengutip gula-gula, mengupas buah, menganyam ketupat dan tarik tali antara guru bapa dan pelajar.Tujuan utama diadakan acara sukaneka seperti ini adalah bagi merapatkan lagi ukhuwah antara guru, ibubapa serta para pelajar.
Kejohanan yang julung-julung kali diadakan ini telah diakhiri dengan pengumuman rasmi keputusan bagi semua acara yang dipertandingkan oleh unit kepegawaian & kehakiman serta penyampaian hadiah bagi para pemenang.Rumah merah menjadi johan keseluruhan bagi kejohanan sulung kali ini diikuti oleh rumah hijau, rumah biru dan rumah kuning.Majlis bersurai pada jam 2.00 petang.


